Siapa layak berdakwah??
IH menjawab : Bila baca soalan ini, otak saya ligat mengingati di universiti mana yang Rasulullah, para sahabat, imam Syafi'e dan ulama'-ulama' salaf (dahulu) belajar? Ustaz Azhar Idrus pernah masuk mana-mana pondok dan universiti? Tak pernah bukan? Mengapa mereka layak berdakwah? Kalau nak ambil kira jejak kaki ke Tanah Arab baru boleh jadi pendakwah, rasanya keldai dan unta pun layak jadi pendakwah.
Baik, kita lihat Firman Allah ini, "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah ayat 30)
Dalam surah ini jelas Allah jadikan kita semua sebagai khalifah (pemimpin). Dan tugas pemimpin adalah memimpin dan mendidik. Jadi, kita semua ini layak berdakwah.
Dakwah pun sebenarnya luas maksudnya. Tak semestinya perlu buat ceramah dan sebagainya untuk berdakwah. Kejutkan rakan serumah, suami, isteri atau jiran untuk solat atau bersahur, itu juga jalan berdakwah. Jelas? Alhamdulillah.
Ulasan