Allah itu Hebat kan??

Assalamualaikum



Tuhan itu hebat!

Kita minta, DIA bagi!

Kita tak minta pun, DIA masih bagi!

Allahuakbar... ;)


Kala dapat apa yang dipinta, syukur.
Kala tak dapat apa yg diinginkan, sabar, sabar, sabar, redha!

Allah memberi untuk kita memberi,
Dan, Allah tetap terus memberi walaupun kita tak memberi!
Allah :’)

Kagum dengan kurniaan Tuhan!

Kagum dengan setiap pemberianNya,
Betapa hebatnya aturanNya!

Ya, mungkin kita tidak sedar.

Tidak sedar yang segala yang kita perolehi hari ini, adalah pemberianNya yang pernah kita minta dahulu.

Ya, kita pinta diberi kekuatan saat kita jatuh,

Kita pinta kebahagiaan saat kita tenggelam dalam kesepian,

Kita pinta kegembiraan saat kita kesedihan,

Kita pinta ketabahan saat datangnya bertalu-talu ujian!

Allah, semua ini kita pinta.  

Adakalanya Allah memberi apa yang kita minta.
Dan, adakalanya tidak. Allah, kadang kami hairan kenapa apa yang kami pinta belum lagi Kau tunaikan?

Dan, mengapa dan kenapa?

Akhirnya, kita mendapat jawapan! Allah itu nyata hebat.

DIA memang bagi apa yang kita pinta, dan, kadang DIA tak bagi apa yang kita pinta, namun Allah gantikan apa yang terbaik untuk kita.

Allah, beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.


Keluarga
Sahabat

Nikmat



 Ujian




dan pelbagai lagi Allah bagi tanpa kita sedar. Inilah sebaik-baik pemberian dariNya untuk kita belajar menghargai. Belajar erti syukur.

Sedangkan kita tidak pinta pun Allah telah beri apatah lagi jika kita pinta dalam doa!


Maka, berDOAlah! Tunjukkan pada Allah betapa kita  perlu belaian kasih sayang-Nya.





BerSUJUDlah! Tunjukkan pada Allah bahawa betapa rendah dan hinanya diri kita ini. Kita sering melakukan kesilapan, tidak pernah berhenti melakukan kesilapan!




p/s: mintalah kepada Allah kerana Dia tidak pernah berhenti memberi!!
 Allah sangat HEBAT kan?

Ulasan

Aku berkata…
Manfaatkan blog ini sebaik mungkin.moga2 ianya dpt mmberi faedah kpd orang ramai
Aku berkata…
Yang baik itu dtg drpd Allah,dan yg buruk itu dtg dari diri kami sendiri..harap2 smua pmbaca brpuas hati dgn maklumat2 yg trdpt di sini..

Catatan Popular