'Muslimin' and 'muslimat'
Assalamualaikum
Kepada kaum LELAKI, Allah SWT berfirman di dalam surah an-Nisaa' ayat ke 34 yang bermaksud:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain."
Kepada kaum WANITA, Allah SWT berfirman di dalam surah an-Nisaa' ayat ke 32 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah SWT kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada sebahagian dari yang mereka usahakan dan bagi para wanita (pun) ada sebahagian dari apa yang mereka usahakan."
Lelaki dan wanita itu saling melengkapi.
Allah SWT melebihkan kelebihan kepada lelaki untuk memelihara wanita, dan meringankan beban tugas wanita. Yang wanita pula sentiasa mengisi keperluan lelaki. Hakikatnya, tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang, kerana ianya ADIL PADA TEMPATNYA.
Ulasan