Isi Masa Lapang baca Novel Islamik

Relasi: Sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara

Novel ini membawa manusia kembali meneliti hubungan hamba dengan ALLAH, hubungan sahabat dengan sahabat, hubungan suami dengan isteri, hubungan bapa dengan anak, hubungan anak dengan bapa, hubungan manusia dengan masyarakat. Semuanya adalah berdasarkan hubungan.
                                            

  Takdir: Cahaya yang tidak terpadam   
         
!penulisan ala-ala Lord of The Ring tetapi sememangnya lebih baik dari itu!selepas baca trilogi takdir yang pertama, tak sabar rasanya nak tunggu yang kedua dan ketiga, sememangnya berjaya membuat ana lupa akan cerita-cerita hebat seperti Harry potter, LOTR kerana ini adalah epik Islami yang membawa umat Islam kembali kepada Allah! bukankah itu yang kita mahukan?
sungguh ana rasa bersyukur, kerana Allah membuka hati untuk membaca karya-karyanya bermula dari website hinggalah memiliki buku-bukunya.alhamdulillah.
                                                                                                             







Hero: Bukan sekadar pembanteras jenayah

 novel Hero ni mengandungi lebih keistimewaan berbanding hero2 yang dah wujud di malaysia atau dunia barat sebab apa? sebab pengisian di dalamnya membawa diri kembali kepada Ilahi, ana belum pernah lagi baca novel superhero macam novel HERO. bukan sekadar membanteras jenyah tetapi lebih kepada menyelamatkan ummah dari Jahiliyah! sungguh terkesan dengan penceritaan dari awal hingga akhir, ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. 

ketabahan seorang isteri solehah dalam mendidik seorang suami yang tidak mempunyai fikrah Islam dan yang paling penting sekali adalah kita akan dapat maanfaat dengan corak penceritaan yang santai, betapa penting pergantungan yang utuh kepada Ilahi. satu penulisan yang amat mantap bagi ana. 

                                   

 

Terasing
 
Senarnya novel ni adalah sambungan kepada novel RELASI. 11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati.
Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhuwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?




  VT( Volleyball team)

Ceritanya mengisahkan, sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar-pelajar ini. Pada mulanya, pelajar-pelajar ini sangat degil, kasar dan sama waktu dengannya. Selepas itu, nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh-sungguh dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas dan menewaskan SSNP.

Erm..watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar.

Ulasan

Catatan Popular