Marah dan Paku

Assalamualaikum...
Irfan (Bukan nama sebenar) seorang lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangkan sifat amarah si suami, isteri Irfan  belikan seguni paku dan mengatakan pada suaminya itu untuk memakukan sebatang paku didinding rumah setiap kali dia marah.

Hari pertama, Irfan telah memakukan 48 paku ke dinding rumahnya setiap kali dia marah. Makin hari semakin 
kurang jumlah paku yang di paku. Irfan mendapati lebih mudah menahan amarah berbanding memaku dinding.



Akhirnya Irfan rasakan dia sudah mampu mengawal amarahnya dan tidak cepat melenting. Irfan beritahu hal ini kepada isterinya, yang kemudian mencadangkan agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari dihari dia tidak marah.

Hari berlalu dan akhirnya Irfan beritahu isterinya bahawa semua paku telah dicabut. Lalu si isteri menarik tangan suaminya untuk lihat sendiri dinding yang dipaku selama ini. "Abang dah berjaya, tapi, lihatlah lubang-lubang di dinding ini, tak akan cantik sama seperti sebelum ini. Ketika abang bercakap sesuatu dalam kemarahan, Kata-kata abang meninggalkan bekas seperti lubang ini, di hati orang lain. Abang tikam pisau pada seseorang, kemudian cabut pisau itu. Berapa kali pun abang minta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan luka kerana kata-kata adalah sama sakitnya dengan luka fizikal, malah mungkin lebih sakit"

Irfan termenung memikirkan kata-kata isterinya. Dan dia amat menyesal dengan perbuatannya selama ini... (Sebenarnya saya nak buat 'ending' menangis, tapi tak 'macho' lah kalau Irfan menangis). Terpandangkan muka Irfan yang sugul, isterinya memeluk dengan kasih sayang lalu berkata, "Syukur, abang dah sedar. Allah sayang pada hambaNya yang bertaubat. Saya pun sayangkan abang" 
 
Moral, berhati-hatilah dengan perkataan dan amarah. Sebenarnya cerita ini untuk diri sendiri.

:: Hentikan perasaan itu ::

Ulasan

Catatan Popular