Hidayah
Assalamualaikum...
Apa yang kita dapat tafsirkan daripada kata-kata di atas? Untutk berubah ke arah sesuatu yang baik, memang ada banyak rintangannya.
Sesetengah orang berpendapat "Aku memang nak berubah, tapi cuma tengah tunggu hidayah lagi ni"
Mereka fikir Hidayah Allah itu akan datang dengan sendiri tanpa sebarang usaha. Sangkaan mereka amat salah, golongan seperti ini sebenarnya tidak ingin berubah sebaliknya hanya sering berdalih.
Perubahan itu perlu bergantung kepada diri sendiri. Jika orang yang benar-benar mahu berubah, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan mereka sebagai insan yang lebih baik.
Mereka tidak akan menunggu.
Mereka tidak akan berdalih.
Mereka berusaha.
Bagi mereka, untuk mendapatkan Hidayah Allah yang amat bernilai itu, sudah tentu perlu disertakan dengan usaha yang keras. Mereka tidak mempedulikan omongan orang lain. Di sini saya memberi beberapa contoh :-
1. Seorang gadis Islam, yang tidak bertudung.
Yang tidak mahu berubah : "Aku memang nak pakai tudung tapi cuma tengok zaman sekarang, zaman dah moden, kolot la pakai tudung!"
Yang benar-benar mahu berubah : "Aku tidak kisah apa yang orang lain fikir, aku tetap dengan pendirian aku! Aku akan bertudung kerana aku sudah tidak sanggup dibelenggu dosa dan akan ku mengajak rakan-rakan yang lain untuk mengikut jejakku"
Nampak tak perbezaan tu? Hidayah Allah tidak akan datang bergolek jika kita hanya menunggunya tetapi kita perlu memulakan langkah untuk mendapatkan Hidayah Allah :)
Ulasan