Tak terbilang banyaknya dosaku

Assalamualaikum...


*malam ni kita semua boleh cuba, sekiranya tidak memberatkan bagimu.
Mudah-mudahan kita akan terus beristiqamah...



Sebelum melelapkan mata, cubalah kita imbas semula apa yang kita lakukan sejak daripada bangun pada waktu Subuh sehingga masuk tidur, dari segi urusan dengan:

-hablumminallah; hubungan dengan Allah.
-hablumminannas; hubungan dengan manusia.

Wujudkanlah pelbagai persoalan pada diri seperti:
-Adakah takwa kita semakin hari semakin meningkat?
-Adakah kita menjaga perhubungan kita dengan Allah dan manusia?
-Adakah kita banyak melakukan amalan soleh?
-Apakah dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang hari? Sudahkah kita kesali dan meminta keampunan daripada Allah?
-Adakah kita sudah membaca Al-Quran pada hari ini?
-Apakah kita sudah melakukan amar maaruf nahi mungkar?
....dan sebagainya, sekali imbas...

Buatlah perbandingan antara hari ini dengan semalam.
Pastikan esok lebih baik daripada hari ini..
Sentiasalah membasahkan bibir kita dengan istighfar sebelum tidur..

Mudah-mudahan esok pagi kita akan berasa lebih ceria dan segar serta suci daripada dosa jika Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, InsyaAllah...




Ulasan

Catatan Popular