Cinta Allah Cinta Abadi
Apa
diharap padi di seberang, entahkan masak entahkan tidak,
Apa
diharap kasihnya orang, entahkan sayang entahkan tidak..
Bukan
tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan
lebih bermanfaat dunia akhirat...
Carilah
cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi
cintamu pada Allah dan Rasulnya...
Pada
manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan
berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..
Rasulullah
SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع
:لما لها ولحسبها ولجما
عها ولدينها ،فاظفر بذات
الدين تربت يداك
"Wanita itu
dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya
dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu
mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."
Sekalipun
hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya
juga melibatkan kaum wanita.
Selain
itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan
RasulNya.
Daripada
Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila
terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya
kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang
cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan
duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada
kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".
(Hadth
Sahih Riwayat Muslim)
Ulasan