Salam Jumaat
Assalamualaikum
Selamat hari jumaat semua~
Jom kita muliakan hari Jumaat dengan melakukan sunnah-sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat. Semua orang boleh beramal, tak kira lelaki atau perempuan.
Terdapat sejumlah hadith yang menyatakan bahawa hari Jumaat adalah hari yang paling baik dalam seminggu. Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik hari di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan pada hari Jumaat." (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan lain-lain, disahihkan oleh at-Tirmizi)
Satu lagi hadith, daripada Abu Lubanah al-Badri, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Penghulu semua hari adalah hari Jumaat dan ia merupakan hari paling agung di sisi Allah, bahkan bagi-Nya lebih mulia daripada Idul Fitri dan Idul Adha. Pada hari Jumaat itu terdapat lima peristiwa penting; pada hari itu Allah menciptakan Adam, dan pada hari itu terdapat saat yang jika seseorang memohon sesuatu kepada Allah pasti Allah mengabulkannya selama yang dimintanya itu bukan sesuatu yang haram, serta pada hari itu pula terjadinya kiamat. Kerana itu, malaikat muqarrabin, langit, bumi, angin, gunung dan lautan, semuanya berasa khawatir terhadap hari Jumaat." (Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah. Menurut al-'Iraqi, isnadnya hasan, baik)
Ulasan