Salam Ramadhan........


Assalamualaikum
                                           
                                           (Khas buat semua terutama Muslimin Muslimat Nec-Gen)



Apabila berkata tentang puasa, adakah puasa tu 


sekadar menahan lapar dan dahaga je? Atau adakah puasa itu bermakna seseorang tu kena bangun sahur, lepas tu buka puasa sebaik saja masuk waktu Maghrib, dan solat terawih di malam hari? Bukan itu saja maksud puasa...


Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum pada siang hari, dari terbit fajar (bukan terbit matahari yeee) sehingga terbenamnya matahari. Tetapi setiap individu juga mesti menjaga dirinya daripada segala perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah. Antara perbuatan-perbuatan yang selalu sangat manusia buat ialah perkara yang berkaitan dengan mata, telinga, mulut, kemaluan dan sebagainya. 



Apabila seseorang itu berpuasa, hendaklah dia menjaga perkara-perkara 


yang telah disebutkan iaitu mata.



 Hendaklah kita menjaga pandangan kita daripada memandang kepada sesuatu yang diharamkan seperti aurat lelaki atau wanita mahram atau ajnabi. Sudah pasti orang yang menjaga pandangan ini bukan saja menjaganya apabila bulan Ramadhan saja, tetapi sentiasa menjaga pandangan. Maknanya hendaklah kita sentiasa menjaga nafsu kita daripada memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah.


Begitu juga dengan telinga. Janganlah kita mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, contohnya mendengar umpatan orang. Jauhkanlah diri daripada mereka-mereka yang asyik mengumpat siang malam pagi petang. Kalau tak boleh ke tempat lain, pekakkanlah telinga, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, atau tegurlah dengan baik kepada mereka dengan berkata,


 "Maaf, kan kita sedang berpuasa. Berhentilah berkata-kata macam tu sebagai tanda hormat kepada bulan Ramadhan."

 (kalau berani la...), kalau join sekali, habisss...



Mulut pun satu masalah. Lidah tidak bertulang, maka mudahlah tergelincir mengatakan sesuatu yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Contohnya mengumpat dan mengata orang, tak kurang juga yang mudah mencaci-maki atau menyumpah-seranah seseorang. Bukankah bulan Ramadhan juga merupakan bulan sabar. Elakkan daripada banyak bercakap tentang sesuatu yang tidak perlu. Jom kita perhatikan satu hadis Qudsi: "Kecuali puasa kerana sesungguhnya ia untukku dan aku membalasnya. Ini kerana beliau meninggalkan syahwatnya dan makanannya semata-mata keranaku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."(HR Ahmad, al-Bukhari, an-Nasaie & Ibn Majah). Jadi jangan cemarkan mulut kita yang harum disisi Allah dengan mengatakan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Tak baik tau...



Hati, hendaklah seseorang itu berusaha untuk menyucikan hatinya daripada segala sifat-sifat mazmumah seperti riya', dengki-mendengki, iri hati, takbur, ujub, berburuk sangka dan sebagainya, tetapi sebaliknya hendaklah kita berusaha mengamalkan sikap tawaduk, bersabar, ikhlas dan sebagainya..



Kaki dan tangan, janganlah kedua-dua anggota tubuh badan ini melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan dosa. Langkahkan kaki kita ke tempat-tempat yang baik seperti di masjid, tempat kerja, ziarah ke rumah saudara dan sahabat handai dan sebagainya asalkan bukan ke tempat maksiat. Tangan; jangan gunakan ia untuk menyentuh kemaluan tanpa keperluan syar'ie, kerana takut tak pasal-pasal membangkitkan syahwat. Juga jagalah tangan daripada memukul orang lain tanpa sebab, kan dosa tu..



Ingatlah, puasa adalah amalan untuk Allah, dan pahala untuk puasa adalah rahsia Allah bagi setiap individu, maka sudah tentulah kadarnya berbeza-beza  Ingatlah satu hadis yang begitu berharga ini: 



“Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu dari puasanya selain LAPAR dan DAHAGA”



(HR Ibn Majah & Nasaie)

Ulasan

Catatan Popular